Saturday, January 8, 2011

Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan kata, frasa dan ayat.
Kata Hubung
Contoh Penggunaannya
ApabilaPara penonton tertawa apabila melihat telatah pelawak  itu.
*Kata hubung apabila tidak boleh digantikan dengan katabila. Bila sebenarnya merupakan kata tanya.
Supaya / agarAnda perlu berakhlak mulia supaya anda dihormati orang. (atau)
Anda perlu berakhlak mulia agar anda  dihormati orang.
Agar dan supaya mendukung makna yang sama  .Oleh itu, pilihlah salah satu saja.
Oleh sebabPertandingan syarahan itu diabtalkan oleh sebab tidak mendapat sambutan
* Penggunaan oleh kerana salah kata sendi maesti diikuti oleh kata nama sebagai objek dan bukannya kata hubung
Jika / sekiranyaSaya akan  datang jika hari tidak hujan.
Saya akan datang sekiranya hari tidak hujan.
*Kata jika dan sekiranya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah salah satu saja.
Latihan 1
Cari kesalahan dalam ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, baiki kesalahan tersebut.
1.Saya menoleh ke belakang bila mendengar nama saya dipanggil orang.
Pembetulan:
2.Daud tidak peduli, sama ada menang dan kalah dia tetap mahu menyertai pertandingan itu.
Pembetulan:
3.Kamu hendak ke Ipoh ataupun Seremban?
Pembetulan:
4.Oleh kerana kepenatan, Juridah tertidur di ruang tamu rumahnya.
Pembetulan:
5.Jangan hendak menolong saya, menegur saya pun dia tidak mahu.
Pembetulan:
6.Saya yakin usaha yang berterusan pasti akan membuahkan kejayaan.
Pembetulan:

Latihan 2
Bina ayat daripada kata-kata yang berikut.
1.tetapi
Ayat:
2.kecuali
Ayat:
3.sekiranya
Ayat:
4.sungguhpun…namun
Ayat:
5.sejak
Ayat:
6.lalu
Ayat:

Latihan 3
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
1.IMurid-muirid bersorak gembira bila mendengar pemgumuman itu.
IISebelum pulang, Kuhan mengunci pintu bilik itu.
IIISejak kejadian itu, Lili dan Munirah tidak bertegur sapa.
IVOleh kerana ketakutan, Hwang tidak dapat menjawab soalan itu.
AI dan II sahaja
BII dan III sahaja
CI, II, dan III sahaja
DII, III, dan IV sahaja
2.ISehingga kini, masalah itu masih belum selesai.
IISetelah perniagaannya gagal, barulah Junaidi sedar akan kesilapannya.
IIIWalaupun hidupnya susah tapi dia tidak pernah meminta-minta daripada orang lain.
IVJangankan kapal terbang, kereta api dia belum pernah naik.
AI dan II sahaja
BII dan IV sahaja
CII, III, dan IV sahaja
DI, II, III, dan IV
3.IBeg kulit itu cantik tetapi harganya mahal.
IIBaik abang mahupun kakak tidak suka berkebun sayur.
IIIUmi tidak dapat menyaksikan konsert itu kerana dia tidak mempunyai tiket.
IVSaya tahu kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah.
AI dan III sahaja
BII dan IV sahaja
CI, II, dan III sahaja
DII, III, dan IV sahaja
4.ISejak dari semalam, hujan turun tidak berhenti-henti.
IIPuan Leha berdoa anaknya kembali ke pangkal jalan.
IIIDaging itu hendaklah direbus sehingga empuk.
IVJika kemarau berlarutan, tanam-tanaman pasti banyak yang akan mati.
AI dan III sahaja
BIII dan IV sahaja
CII, III, dan IV sahaja
DI, II, III, dan IV
5.IInas dan Rina sibuk membersihkan bilik darjah manakala rakan-rakannya yang lain asyik berbual saja.
IISetelah penat bekerja, Pak Mail berehat di bawah sebatang pohon.
IIIPengunjung yang datang bukan dari dalam negara tetapi juga dari luar negara.
IVSemua pelajar sudah menyiapkan kerja mereka kecuali Hanif.
AI dan III sahaja
BII dan III sahaja
CI, II, dan III sahaja
DI, II, dan IV sahaja

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...