Saturday, January 8, 2011

PROGRAM KE ARAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011

PROGRAM KE ARAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011

PENDAHULUAN
Pasukan Kadet Polis  mempunyai  tujuan  memberi  latihan  kepimpinan  ke  arah  mencapai  nilai  murni  dan  mengeratkan  nilai persaudaraan  tanpa  mengira  warna  kulit , agama  dan  kebudayaan  serta  bersepadu  bagi  mewujudkan  insan  yang  seimbang  dan  harmonis  dari  segi  intelek, emosi , rohani  dan  jasmani  dengan  memperkukuhkan  disiplin  dan  akhlak  diri , membentuk  sifat  sopan santun, berbudi  bahasa  serta  bertanggungjawab  terhadap  diri  sendiri , keluarga  dan  masyarakat  untuk  menuju  ke arah  matlamat  persatuan  supaya  menjadi  warga  yang  berguna  kepada  agama , bangsa  dan  negara.

RASIONAL
Pasukan Kor Kadet Polis (PKKP) merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970an. Penubuhan PKKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM : Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak

MATLAMAT
Untuk  melahirkan  lebih  ramai  ahli-ahli Kadet Polis  yang penuh  dengan  nilai – nilai  murni , berdisiplin , berbudi bahasa  serta  bertanggungjawab  terhadap  diri sendiri , keluarga  dan  masyarakat  agar  menjadi  warga  yang  berguna  kepada  agama , bangsa  dan  negara  menjelang  2012



OBJEKTIF
Pasukan Kadet Polis  mempunyai  objektif  untuk  menggalakkan  dan  mengembangkan  pelajar  yang  baik  dalam  kalangan  orang  muda  dengan  membentuk  mereka  melalui :
  1. melatih  mereka  bersifat  mengenal , patuh  dan  berdikari
  2. menanam  sifat  setia  dan  bertimbang rasa  kepada  orang  lain
  3. mengajar  pelajar  perkhidmatan-perkhidmatan  berguna  kepada  diri  sendiri  dan  masyarakat
  4. menggalakkan  perkembangan  rohani  dan  jasmani
  5. melatih pelajar dengan teknik mencegah jenayah

supaya  mempunyai  kelayakan  pengetahuan  dan  kemahiran  agar  tajam  pemerhatian , berdikari , berbudi  pekerti  yang  baik , boleh  diharap  dan  bekerjasama  serta  mempunyai  ciri-ciri  kepimpinan .

METADOLOGI
1.      Latihan fizikal – kecergasan dan daya ketahanan
2.      Latihan kemahiran berkaitan asas kawad kaki.
3.      mengetahui teknik dan peraturan perkhemahan kadet polis.
4.      membentuk pasukan kadet polis pelapis sekolah







PROGRAM UNIT BERUNIFORM : KOR KADET POLIS 2011  (SESI PETANG)
Guru Penasihat : 1. Encik Mohd Sakhaf bin Saad
                             2. Pn Norazian bt . Razali
BIL.

TARIKH
PROGRAM
OBJEKTIF
SASARAN
TINDAKAN
1
Jan
Perlantikan  AGM
Memilih AJk yang baharu untuk menerajui Kor Kadet Polis sesi 2011
Semua kadet
Penasihat
AJK
2
Feb
Perkhemahan  Kadet Polis
Melahirkan insane yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara dalam hal-hal keselamatan.

Kadet terpilih

3
Mac
Latihan Cegah Jenayah
1.Mendedahkan pelajar tentang peri mustahaknya mencegah jenayah
2.melatih pelajar dengan teknik mencegah jenayah

Semua kadet

4
Jan-Ogos
Latihan  kawat  kaki
melatih  mereka  bersifat  mengenal , patuh  dan  berdikari

Semua kadet

5

Perasmian ahli baru
Melatih saling mengenali antara ahli baharu dan ahli lama
Ahli baharu

6
April
Kem Kepimpinan
mengajar  pelajar  perkhidmatan-perkhidmatan  berguna  kepada  diri  sendiri  dan  masyarakat

ajk


7

Mei

Pameran Anti Jenayah / Anti Dadah


Mendedahkan kepada pelajar tentang keburukan dadah dan jenayah

Semua pelajar

8
Feb
Perbarisan Hari Sukan Sekolah
Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.


Kadet perbarisan

9
Mac
Pertandingan Kawad Kaki
Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
Kadet terpilih

10
Ogos
Lawatan
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tempat bersejarah di Malaysia
terbuka

11
Nov
Jamuan Akhir Tahun
Meraikan pelajar yang aktif dalam kor kadet polis
Semua kadet



SUMBER KEWANGAN


  1. Yuran keahlian pelajar sebanyak RM 4.00 setahun
  2. Dianggarkan kos perbelanjaan sebanyak RM 500.00 untuk tahun 2011

  PELUNJURAN


  1. Menyertai Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Klang pada tahun 2011. Diharapkan pada tahun 2011 pasukan kawad akan memperolehi kemenangan dalam peringkat daerah.
  2. Menyertai Kegiatan Aktiviti Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis peringkat Daerah Klang.

KEKANGAN


  1. Ramai pelajar tidak membayar yuran tahunan
  2. Kehadiran mingguan yang kurang memuaskan
  3. Tidak mempunyai uniform kadet polis yang lengkap
  4. Ahli kadet yang mengikuti kelas tuisyen pada masa perjumpaan.



PENUTUP


Kor Kadet Polis  merupakan acara yang diminati oleh ramai pelajar. Pasukan Kor Kadet Polis juga mempunyai bakat dan kebolehan yang tinggi  dan jika digarap dengan baik akan membuahkan hasil yang memuaskan. Beberapa pelajar pernah mewakili daerah dan negeri dalam beberapa acara aktiviti perkhemahan dan perbarisan hari kor kadet polis. Motivasi dan dorongan yang diberikan akan membentuk pasukan kor kadet polis sekolah  yang mantap dan boleh diharapkan.Dengan kerjasama semua pihak, pasukan kor kadet polis sekolah akan mencapai kejayaan yang memberangsangkan pada tahun ini dan masa-masa akan datang. Semangat di kalangan ahli kor kadet polis yang tinggi akan menjadi batu asas untuk ahli kor kadet polis mencipta kejayaan pada tahun 2011.

Disediakan oleh,


---------------------------------
(Ins.Kadet Mohd Sakhaf bin Saad)                                                                                                                                                                                                   Pegawai Kanan,                                                                                                                                                                                                            Kor Kadet Polis Sesi Petang,                                                                                                                                                                                           Platun SMK Tengku Ampuan Jemaah                                                                                                                                                                                    Pelabuhan Klang.

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...